machitam’s Blog

just writing….

Hukuman sebat keatas model Kartika Sari Dewi

leave a comment »

Ada yang mengatakan semua kena hormat  terhadap keputusan Mahkamah Syariah Negeri Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat pertama ketas wanita Islam. Sesiapa yang membuat komen akan dianggap sebagai menghina mahkamah i.e in contempt of court(Mahkamah syariah). Bila bersangkutan dengan Mahkamah Syariah, isu ini akan jadi lebih sensitif kerana ia melibatkan orang Islam dan pentadbiran Islam diMalaysia.

Kalau tidak komen pula dan dibiarkan sahaja, realitinya keadaan sekarang menunjukkan Mahkamah Syariah atau pentadbiran Islam diMalaysia ini sudah menjadi  bahan ketawa “laughing stock” dan juga nampak “kebodohan” orang Islam Malaysia.

Ini bukan soal hormat atau menghina mahkamah, ini soal Syiar Islam tergugat. Bukan hukum sebat atau hukuman keatas orang Islam yang minum arak didalam hukum Shariah Islam yang dipertikaikan. Soal perlaksanaan hukuman itu yang menjadikan natijahnya dan keatas Kartika itu menimbulkan pelbagai komen atau perbincangan baik dikalangan orang Islam sendiri maupun orang bukan Islam. Apakah pandangan mereka(yang tidak faham akan hal ini) terhadap pentadbir Makahmah Syariah dan juga kepimpinan Islam diMalaysia. Banyak persoalan telah timbul akan hal hukuman sebat ini. Hukuman telah jatuh namun Kartika telah redha. Malah beliau terpaksa menanggung  beban lain atau “hukuman” tambahan seperti menanggung malu dan maruahnya tergadai kerana “kejelekkan Kartika tersebar keseluruh pelusuk dunia. Nama baik Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang moderate itu juga tergugat.

Persoalannya; Adakah Kartika orang(wanita) pertama yang djatuhi hukum sebat?

Mengapa hukuman tidak dijalan segera?

Mengapa Kartika terpaksa menaggung siksaan tambahan direman sehingga seminggu walaupun beliau tidak dijatuhi hukum penjara?

Mengapa Kartika diserahkan kepada penjara Sivil untuk menjalani hukum sebat, sedangkan ini adalah hal ehwal orang Islam dan Hukuman dibawah mahkamah Shariah?

 Apakah tiada “guidlines” atau suatu faciliti bagi mentadbir orang Islam dibawah Mahkamah Syariah?

Tanggapan orang lain bahawa hukuman sebat itu seperti hukuman sebat civil oleh itu adalah “kejam” mengikut standard kemanusian kerana persalah wanita tidak dibolehkan tertakluk dibawah hukuman sebat. Malah tanggapan orang bahawa wanita Islam seperti Kartika tidak dihormati dibawah undang Islam! Seolah olah Islam diMalaysia tidak menghormati kedudukkan atau status perempuan. Mereka melihat episode ini sebagai kejam.

Kartika ada menyatakan yang dia mahu jalani hukuman itu seperti apa didalam terkandung didalam kaedah Islam. Kaedah Islam ialah hukuman keatas persalah ialah;

1) untuk persalah itu menerima hukuman didunia sebagai perngajaran dan keinsafan terhadap kesalahan nya.

2) untuk pengajaran kepada orang ramai supaya takut dan tidak akan berniat melakukan kesalahan itu. oleh itu hukuman itu sepatutnya dijalankan didepan khalayak ramai(orang Islam sahaja)

Namun persoalan persoalan diatas masih ada lagi tanda tanya yang tidak diendahkan oleh badan Islam atau kepimpinan Islam(authority) diMalaysia.

Written by machitam

August 27, 2009 at 11:59 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: