machitam’s Blog

just writing….

Utusan rasis mengapikan dan memperlekehkan bangsa melayu

leave a comment »

Petikan dari Utusan Rasis “Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh Umno sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.”

Utusan Rasis “strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan “kemarahan dan kebencian” rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.”

–           –              –             – ———————————————————————— –            –             –              –

Kuasa politik melayu? Sejak bila Melayu mempunyai kuasa politik? Bagaimana Melayu UMNO boleh terus berkuasa sampai lebih 50 tahun?

Kuasa politik Melayu dikhuatiri sejak Datuk Onn Jaafar menentang Malayan Union lagi. Beliau telah nampak bahawa didalam masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama, orang melayu tidak boleh terus berkuasa sebagai melayu malah orang melayu perlu bertindak bergandingan dengan pelbagai bangsa lain didalam satu bangsa. Beliau dikecam seperti apa yang dilakukan oleh utusan sekarang terhadap Pemimpin Melayu PR lebih lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Hadi Awang.

Terbukti apa yang di visionkan oleh Datuk Onn itu benar. Beliau terus meninggalkan parti yang dibinanya UMNO.  Maka UMNO tidak mahu menelan air ludah sendiri “terpaksa” bergandingan dengan parti rasis lain iaitu MCA dan MIC dengan menubuhkan Perikatan. 

Satelah belayar selama 52 tahun. Kapal Layar sudah bertukar menjadi Ocean Liner. Banyak harta benda serta habuan yang diperolehi secara baik maupun jahat maka pelbagai kerenah timbul. Masyarakat sudah mula pincang. Majoriti orang melayu dan rakyat masih ditahap kemiskinanan. Kekayaan negara diboloti oleh pemimpin UMNO, MCA, MIC dan tokeh tokeh besar penganjuran mereka.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana MCA dan MIC sudah kehilangan sokongan kerana perbuatan pemimpin mereka yang rakus. Termasuk UMNO juga. Pemimpin MCA dan MIC mengajar dan memuakan UMNO, tetapi UMNO lebih rakus dari mereka. UMNO juga sudah kehilangan sokongan dari orang melayu sendiri.
Orang melayu yang memberi sokongan kepada PAS dan PR bukan kerana menyerah tengkok kepada bangsa lain. Malah ianya untuk mengembalikan “roh” KeIslaman orang Melayu dan keharmonian pelbagai bangsa Malaysia demi Perlembagaan Negara iaitu Kerajaan Demokrasi Raja berperlembagaan. Malah “menghentikan” perbuatan rakus UMNO dan BN dan dan megembalikan keadilan

Tidak ada langsung pengugatan terhadap bangsa Melayu yang terbela oleh Perlembagaan Negara. Dimana tergugatnya orang melayu?

Written by machitam

August 4, 2009 at 9:41 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: