machitam’s Blog

just writing….

UMNO seperti ayam berkokok

leave a comment »

Apabila DAP Nga Kor Ming “mengungkap” ayat AlQuran, Zahid Hamidi terus berkokok. Zahid berjebik dengan raut wajah seperti enam jahanam, Zahid seperti “ayam berkokok tetapi buntut penuh tahi”. Orang Islam sepatutnya merasa bangga kerana orang bukan Islam dari DAP sudah mula buat reference atau berjinak dengan  AlQuran. Kenapa mesti keluar kata ugutan yang kesat dari mulut Zahid Hamidi.

Islam dan Al Quran adalah agama yang datang dari Allah SWT. Nabi Muhammad S.A.W di amanahkan Allah untuk menyebarkan kepada sekelian alam(world). Bukan Zahid Hamidi atau UMNO yang punya. Sudahlah hak rakyat dan wang rakyat UMNO kata dia yang punya. Agama Allah pun dia claim dia yang punya. Orang lain tidak boleh guna pakai ayat Allah kecuali dengan izin Zahid atau UMNO. Lagipun UMNO berjuang nationalis. UMNO hanya menjaga kepentingan Melayu, kepentingan segelintir orang melayu(yang kaya raya) sahaja. Islam diletakkan nombor dua dan hanya jadi adat istadat sahaja pada UMNO. Lagipun Zahid ini bukanlah orang yang dikenali berpegang pada prinsip Islam, belum tentu dia benar benar beriman. Kalau amal rasuah itu ada kemungkinan besar. Lebih kurang Khir Toyol juga. Hanya dia belum lagi dicekup. Mungkin Najib masih mahu dia. Pemimpin UMNO yang mahu rasuah mesti dapat lesen dari nombor one UMNO, baru boleh jalan. Saya kata demikian kerana orang UMNO itu sudah menerima rasuah sabagai perkara biasa. “kalau tak rasuah, macam mana nak “hidup”….”kata sebilangan besar pemimpin UMNO. “kalau nak naik….kena hulurlah…baru boleh dapat sokongan…”kata pemimpin UMNO lain. Ahli UMNO ini hanya nganga sahaja tunggu suapan dari pemimpin yang “ambitious”

Jadi Al Quran itu milek semua manusia. Firman Allah dalam AlQuran ada yang bermula dengan Ya An Nas(wahai manusia)dan Ya  Mukmin(wahai orang beriman) Jika manusia itu menerima Al Quran dan percaya Pada Allah dan RasulNya maka dia boleh jadi orang Islam yang beriman. Jika dia menerima AlQuran tetapi belum sedia menerima Islam(Allah dan Rasul) dia belum Islam dan belum beriman tetapi boleh dianggapn sebagai satu permulaan yang baik.

Yang orang Islam tidak mahu keatas orang bukan Islam ialah bukan mereka tidak menerima Islam tetapi jika dia menetang dan menghina Islam. Kita tidak boleh paksa mereka menerima Islam dan juga tidak boleh menghalang mereka mendekati Islam(berjinak dengan Al Quran) Jika dia membuat “quote” ayat Al Quran itu untuk berkongsi dan menggalakkan  Orang bukan Islam dan Islam memahami kehendak  Allah apa salahnya.  Sepatutnya kita menggalakkan nya. Kita boleh “guide” atau beri penerangan dan memahamkan mereka. Bukan mengugut mereka. 

Zahid Hamidi yang buntut penuh tahi itu kononya nak jadi “hero” Islam tetapi dia ini hanya ada gayanya sebagai hero RASUAH. Saya yakin perkara seperti ini hanya berlaku diMalaysia sahaja. Pelik! orang bukan Islam dimarahi kerana merujuk kepada Al Quran.

Pelik Pelik….

Written by machitam

April 6, 2009 at 10:29 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: