machitam’s Blog

just writing….

Lanun bersandiwara

leave a comment »

Pada mulanya Abdullah Badawi memberitahu semua kes rasuah UMNO sudah tutup. MACC yang memaklumkan demikian. Kemudian UMNO Johor pula meminta majlis tertingi menangguhkan pehimpunan agong selagi kes rasuah pemimpin UMNO belum selesai. UMNO Johor “mengugut” akan membawa perkara ini kemahkamah.

Tiba tiba MACC pula membuka siasatan rasuah UMNO. Macam cerita kartun dan lanun lagaknya. Selepas itu heboh pula cerita beberapa pemimpin yang dicalunkan untuk jawatan tertinggi UMNO disiasat oleh badan disiplin UMNO. Nama seperti Khir Toyol, Azalina, Khairy, Ali Rustam, Muhamad Taib dll disebut.

Hanya Ali Rustam yang tersangkut. Itupun hanya tidak dibenarkan bertanding. Jawatan lain masih boleh dipegang walaupun sudah dapat medal LANUN. Lanun mana boleh duduk dalam kerajaan. Khir Toyol pula didapati bersih seperti kapas, macam bayi baru lahir..err..eh..hee hee heh. Yang lainnya seperti Khairy diberi amaran, jangan buat lagi o.k! nanti ..er…jom gi kena teh tarik!…”takpa, I belanja..” kata Khairy. Tersenyum lebar khairy, macam cerita beruk sarkis telepas dari sangkar. 

Menarik cerita Lanun of the Bolehland ini. Kadar Shah terus berbunyi. “Ini double standard….Isa Samad kena 6 tahun…..” kata Kadar, nada macam Abdul Wahib Tiga Abdul, cerita P.Ramlee. Beliau terus mengugut untuk membawa kes ini ke registra ROS jika badan disiplin tidak “memperbetulkan” issue ini. Betul juga kata Kadar. UMNO menangani isu rasuah macam “menanam tebu dibibir”. Rasuah, yang dinamakan oleh UMNO sebagai politik wang , untuk buat sedap mulut, nampak bagus sahaja. Didalam perhimpunan, orang UMNO seperti “lembu dicucuk hidung” bertempik” kami menolak politik wang…..politik wang seperti najis…kotor dan jijik sehingga mengegarkan PUTRA WTC. Melihat gelagat UMNO ini,  nak ketawa pun ada,  nak menyampah pun juga. Meluatlah! Seperti biasa, lidah bercabang UMNO ini seperti pemimpin mereka yang lain baik didalam kerajaan atau sebaliknya. Patutlah ramai orang kampong, orang melayu dan ahli UMNO kampong diperbodohkan pemimpin UMNO.  Kenapalah orang melayu ini bahlul sangat? Yelah! macamlah duit adalah segalanya. Orang melayu sudah jadi hamba duit. Betul ke?

Sepatutnya pemimpin yang sedemikian tidak harus duduk diatas sana. Mereka ini akan mengotorkan tempat itu dengan najis mereka. Susah pulak nak “samak” nanti! macam najis mukhalazah. Kalau jahanam UMNO amacam? Dah jahanam ke belum? Mana Hang Tuah penyelamat bangsa kita? Apa orang melayu dah jahanam ke?

Satu lagi, pegangan khurafat RAHMAN itu. Masih tebal pegangan UMNO, baik pemimpin atau akar umbi. Prophesy karut ini sepatutnya dicampakkan dan dikikis habisan. Ini tidak, wang rakyat yang dikikisnya. “Orang UMNO takut ditimpa bala jika propesi RAHMAN ini tidak ikut turutan..” betul ke statement tahi kucing ni? Kalau betul, seolah UMNO sudah dimakbulkan Allah pemintaan propesi khurafat mereka itu. 

Masya’ Allah…..apa nak jadi UMNO ni…

Written by machitam

March 18, 2009 at 4:58 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: