machitam’s Blog

just writing….

Siapa kata politik itu kotor?

leave a comment »

Saya tidak selesa mendengar orang memperkatakan politik itu kotor. Namun saya ingin menyatakan bahawa pemimpin politik itulah yang menjadikan politik itu kotor.

Pemimpin BN yang dipimpin oleh UMNO yang menjadikan politik itu kotor. Mereka mengetuai kerajaan. Ini memberikan mereka “free hand” untuk “menyalahgunakan” jentera kerajaan. Mereka mengwujudkan budaya “mafia” didalam kerajaan. Contohnya Polis dan pegawai kerajaan dipergunakan mereka untuk mencapai hasrat rakus mereka. Seperti apa yang berlaku dinegeri Perak, Polis dikerah untuk menghalang ahli DUN memasuki Dewan untuk menjalankan mesyuarat yang sah disegi perlembagaan Perak. Pegawai Setiausha DUN juga diugut dari menghantar surat memanggil atau menyediakan DUN untuk sidang tersebut.

Anehnya, menteri botak pula saolah olah tidak tahu akan  peristiwa itu bawahawa ketua polis mengeluarkan arahan sekatan didewan yang mulia lagi tidak dimuliakan. IGP bertindak mengeluarkan arahan khas mengharamkan perhimpunan dan ceramah kepada rakyat negeri perak. Saolah olah IGP “berpolitik” menghalang MB Nizar memberikan penerangan kepada rakyat akan situasi politik negeri.

Apa hak polis keatas DUN Perak? Sehingga terpaksa mengadakan sidang dibawah pokok?

Politik kotor UMNO juga “merusuh” kerana saolah olah mempertahankan dan memperlihatkan akan “kederhakaan” rakyat terhdap Institusi Raja Raja Melayu. Sedangkan Pakatan Rakyat hanya menolak surat pemecatan dari Tuanku Sultan yang tidak mengikut perlembagaan. Sehingga mahu melucutkan kerakyatan MB Nizar dan lain yang menyuarakan memihak kepada Nizar atau PR.

Mengapa UMNO lebih rela negeri  Perak  kucar kacir dari mengadakan “snap election” atau pilihanraya tergempar? Semua orang sudah tahu jawapannya. UMNO sudah tahu bahawa dia akan kalah.

Bagaimana pula dengan Tuanku Sultan?  Adakah baginda sudah jangkan UMNO akan kalah? Saya nampak baginda Sultan saolah olah berpihak kepada UMNO! mengapa? Polis dan sekretariat negeri juga berpihak kepada UMNO, mengapa? Apakah kerajaan Pakatan Rakyat yang diterima rakyat Perak itu satu kerajaan yang kotor seperti UMNO.

Pada hemat saya, UMNO mempergunakan atua “take advantage” terhadap mereka yang “kotor” untuk menyempurnakan hasrat mereka. Jika rakyat dan jentera atau institusi lain bersih, mana mungkin UMNO boleh hidup?

wasalam

Written by machitam

March 6, 2009 at 12:41 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: