machitam’s Blog

just writing….

“masih tak sedar lagi…”

leave a comment »

BN-UMNO  masih tidak sedar lagi. Rakyat sudah bosan dan menolak politik perkauman, ugutan dan buli, menindas rakyat, rasuah politik(politik wang), melampaui batas kemanusiaan dan yang lebih parah lagi kefahaman salah konsep “ketuanan Melayu” . UMNO bongkak kerana dapat bertahan selama 51 tahun memerentah atau meneraju kerajaan. Itu pun kerana kerjasama yang terjalin sebelum merdeka iaitu antara MCA dan MIC.

Selepas 51 tahun, rakyat dari kaum India, Cina sudah terbuka mata mereka disebabkan pemimpin mereka tunduk dan tidak berani berbuat apa untuk kesejahteraan dan kemajuan bangsa masing masing. Pemimpin mereka takut akan kehilangan keselesaan dari “suapan” kuasa dari UMNO.  Ini seperti satu bentuk penjajahan kaum.

Pada pilihanraya PRU 8 march 2008, BN kehilangan 5 negeri. 3 daripada negeri itu ialah Pulau Pinang, Selangor dan Perak adalah negeri yang paling kaya dan maju dan mempunyai ramai pengundi bukan melayu. Ini menunjukkan bahawa “vote swinging” oleh pungundi bukan melayu boleh mengakibatkan kekalahan kepada BN. Terbukti  sudah.

Mengapa BN masih tidak sadar. UMNO masih khayal dengan keseronokkan mereka membaham duit rakyat.

Kita bakal akan lihat suatu lagi pentanda di Pilihanraya Kecil P-36 Kuala Terengganu. Walaupun berjuta wang rakyat, wang ihsan dan wang pembangunan negeri dicurahkan sebagai “gula gula” untuk merasuah pengundi, UMNO akan kecundang. Mungkin akan lebih teruk lagi…

Written by machitam

January 15, 2009 at 1:21 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: